Rumah Tempat Lahir Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein telah dibina semula di atas tapak dan bentuk yang asal oleh tukang tradisional tempatan yang mahir. Pembinaan semula rumah ini di Kampung Pulau Keladi, Pekan bukan sahaja untuk mengenangkan seorang tokoh pemimpin yang terkemuka malahan menawarkan peluang untuk melihat dari dekat contoh seni bina tradisional rumah tersebut.