Rumah Melayu Tradisional Kampung Raja Songsang, Temerloh yang dibina pada tahun 1902 oleh Haji Mohamad Dahian iaitu penghulu kampung tersebut. Pembinaan rumah yang mengambil masa selama 12 tahun untuk disiapkan ini diperbuat daripada kayu keras dengan menggunakan kaedah tanggam dan pasak. Rumah Tradisional ini mempunyai tiga bahagian utama iaitu serambi, rumah ibu dan dapur serambi. Pihak muzium telah membuka serta memindahkan rumah asal ini dari kampung tersebut untuk dibina semula di Kampung Pulau Keladi, Pekan, Pahang.